Diam tak diam sudah menjangkau 5 tahun aku tidak berkerja sejak berhenti dari Perkhidmatan pada Mac 2007 lalu....Kadang bagai mimpi ngeri...apa tidaknya,perancangan nak sampai pencen tapi tak kesampaian....rezeki dah tak ade dalam Tentera....
Selama 5 tahun nie aku banyak memendam rasa,..terima saja apa yang datang...lumrah hidup dalam dunia,kita senang orang mengata,kita susah lagi la di kata....pedulikan orang,yang penting, aku dan anak isteri bahagia.
Susah diterima bila suami tidak berkerja...lumrah masyarakat...tapi aku tak berkerja bukan aku duduk goyang telor...aku buat semua kerja seorang isteri, aku menguruskan penghantaran & pengambilan anak2 dari & ke sekolah.Kalau nak upah orang,berapa ringgit agak-agaknya,...anak aku 4 orang...yg kecil sekolah tadika,3 dah sekolah rendah,waktu balik tak sama, petang kene hantar sekolah agama petang...kadang orang cakap tak pakai otak....
Aku ade buat projek kecil-kecilan...projek ayam kampung, ade bela arnab...memang la tak boleh dapat ribu ringgit..tapi kene tengoklah aku punya modal....Kenape tak cari kerje?....Fikirlah sendiri,aku dah umur 40-an,kelulusan cuma SPM,cukup2 makan...dalam situasi begini ape kerje yg boleh aku pohon selain kerje pengawal keselamatan? Berape gaji aku boleh dapat? Aku kene keluar,kene tinggal anak bini sebab tempat aku nie kira kawasan kurang maju,yang terdekat Tampin, Gemas...tapi tak ade peluang kerje kat area tu...kene pi Melaka or Seremban....Kalau gaji RM 800.00 - RM 1000.00 berbaloi ke kalau aku tinggalkan anak bini aku & bayar orang utk jaga anak aku & pengurusan penghantaran ke sekolah? Ape aku dapat?
Aku pernah berniaga air soya & taufufah tapi oleh kerana masa aku berhenti seketika...pukul 7.30 hantar anak ke tadika, pukul 12.00 nak kene ambik dia,pukul 12.30 ambik yg no 2 &3,pukul 01.00 ambik yg sulung...pastu pukul 02.30 ptg hantar semua ke sekolah agama...tinggal yg bungsu...tak kan pukul 03.00 baru nak bergerak niaga....pukul 5.00 dah kene ambik anak.
Isteri?...Isteri aku pukul 07.00 dah keluar,balik paling awal pun pukul 04.30 ptg, faham-faham aje la kalau dah berkerje....biarlah dia tumpu kat kerjaya dia....Isteri aku seorang guru....so ape lagi,dia orang sedap mulutlah hentam aku...sabor je la...Bagi aku kalau terlalu bergantung kepada wang tak ke mana? Zaman sekarang,anak2 perlu diberi perhatian lebih....Biasalah impian setiap mak bapak nak tengok anak2 berjaya & jadi orang...aku pernah berkerje,bila dah dua-dua berkerje,masa & kemesraan dgn anak2 pun terhad....sudahnya anak2 mesra dgn pembantu rumah & kawan2....
Anak2 aku pun cakap,kalau aku nak kerje boleh tapi kene balik rumah..nak berulang bukan dekat...kene fikir kos minyak....lastly yang sulung mintak aku buat stall,dia nak berniaga burger...so sekarang akau dgn anak sulung aku buat @jual burger...ala depan rumah je...boleh la buat belanja anak skolah...yang penting dapat didik anak berniaga so esok tak la terlalu mengharap kerje kerajaan @ makan gaji...sedang Rasullah s.a.w dah bersabda...9/10 rezeki itu dtg dari berniaga jadi kenapa kita yang berugama islam tidak mahu berniaga?....
Ape pun,aku mohon pada Allah,kuatkan semangat aku,teguhkan iman aku,bahagiakanlah hidup aku sekeluarga,jadikanlah anak2 aku manusia yang berguna kepada agama,bangsa & negaranya,berkati rezeki yang aku perolehi.Aku dah tak peduli ape orang kata kerna rumahtangga aku hampir roboh kerana mendengar kata orang....aku kene fikir tentang kebahagian anak isteri aku,ape orang nak kata biar la...bak kata Nabil..Lu Fikir La Sendiri....
Setakat nie dulu,nanti jumpa lagi....assalamualaikumwarahmatullahiwabarakhatu.....
1 comment:
Semoga Allah merahmati Mr.Mama sekeluarga.. Biarkan apa orang nak kata.. sebab yang membalas tiap perbuatan kita bukan manusia.. ;)
Bagus projek ayam kampung tu.. mana tau sok dari meniaga kecik2 boleh lebarkan sayap seluruh Malaysia.. Insya'Allah..
Post a Comment